Halaman

Selasa, 17 Disember 2013

"Suprise" Demi "Suprise" Rakyat Terima


Selepas siri kenaikan harga bahan api dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia dengan kenaikan kadar tol pada tahun depan.
Kenaikan itu dibuat kerana langkah semakan semula tol bagi tahun 2014 terhadap beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang ditandatangani mereka dengan kerajaan.
ABN News mendapatkan pandangan warga kota mengenai perkara ini yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol itu.
Bagi seorang  penjawat awam, Ahmad Aidid Abdul Jalil, 40, kerajaan perlu melihat semula perkara ini bagi mengurangkan beban rakyat.
“Memang tidak wajar kenaikan harga tol jika dilaksanakan tahun depan, perjanjian dengan konsesi tol perlu dilihat semula, beban sara hidup sekarang ini sudah cukup terasa, buat masa ini kadar tol memang tidak wajar dilaksanakan.
“Jika harga barang boleh diturunkan selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus dilaksanakan, itu tidak mengapa tetapi tarif elektrik bakal dinaikkan juga tahun depan,” katanya.
Pendapatnya itu disokong Manan Singabalan, 53, yang berpendapat rakyat sudah cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup ditambah dengan pelbagai kenaikan lain.
“Perbelanjaan akan bertambah pada tahun depan, jika benar harga tol turut dinaikkan seperti tarif elektrik dan cukai DBKL rakyat akan berhadapan dengan cabaran untuk mengurus perbelanjaan harian,
“Saya seorang pesara dan anak-anak saya sedang belajar di universiti, jadi untuk perbelanjaan bermula tahun ini lagi saya mengalakkan mereka bekerja sambilan untuk membolehkan keluarga berjimat cermat,” katanya.
Manakala bagi seorang aktivis masyarakat Wan Nurfarhah Wan Mohamad, 28, kenaikan kadar tol pasti akan mempengaruhi perbelanjaan mereka yang memiliki kenderaan sendiri dan tinggal jauh dari tempat kerja.
Hazatulniza Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan