Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Pengusaha burung walit bantah arahan pindah oleh kerajaan Selangor

Hampir 100 pengusaha sarang burung walit berkumpul di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pagi tadi untuk menyatakan rasa puas hati dengan arahan pemindahan sarang burung walit oleh kerajaan negeri Selangor.
Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu disertai oleh pengusaha sarang daripada Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang dan Johor, yang mengecam keputusan kerajaan negeri menukar garis panduan untuk industri tersebut.
Presiden Persatuan Pengusaha Burung Walit Selangor Mah Swee mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memaksa mereka berpindah ke tanah pertanian yang masih belum ditentukan lokasinya dalam tempoh tiga tahun.

Jelasnya tindakan kerajaan negeri itu akan mengakibatkan lebih 5000 pengusaha burung walit di Selangor menanggung kerugian.
"Kerajaan Persekutuan sebelum ini menetapkan kawasan perusahaan burung walit di kawasan komersil, industri dan pertanian.
"Tapi kini garis panduan dari kerajaan negeri menetapkan pengusaha burung walit harus berpindah ke kawasan pertanian dalam tempoh tiga tahun ini amat tidak masuk akal.
"Bagaimana boleh menukar sesuka hati mereka?" tanya beliau ketika ditemui wartawan.
Tambahnya, biarpun memerondum bantahan dihantar kepada kerajaan negeri dua minggu lepas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, masih tiada maklum balas untuk menyelesaikan kemelut berkenaan. - 12 Disember, 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan