Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Pakar ekonomi optimis tentang TPP

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dijangka mencapai hasil positif, walaupun terdapat keraguan daripada beberapa pihak bahawa ia tidak akan diselesaikan tahun ini, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.
    
Singapura menganjurkan mesyuarat peringkat menteri empat hari bermula hari ini dengan sasaran untuk menepati tempoh masa AS untuk mewujudkan pakatan dagangan Trans Pasifik sebelum akhir tahun.
    
"Saya rasa adanya satu mesyuarat boleh dilihat sebagai positif dan penganjurannya secara umumnya menunjukkan terdapat semangat muhibah dan sesuatu yang positif akan dicapai," kata beliau.
    
"Malahan saya mungkin akan cenderung kepada perspektif Singapura/AS bahawa sesuatu akan dicapai tidak lama lagi walaupun ia pada peringkat tinggi dan umum," katanya kepada Bernama hari ini.
    
Menteri Perdagangan dari 12 negara anggota TPP iaitu AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam dijangka membincangkan antara lain mengenai penyelesaian politik bagi isu kontroversi termasuk tarif, hak harta intelek dan reformasi syarikat milik kerajaan di mesyuarat itu.
    
TPP, satu inisiatif dagangan bebas, menyasarkan untuk terus meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan