Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

ROS Jangan Campur Tangan Urusan Dap

Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dalam sesebuah parti kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.

Beliau berkata, ROS menyalahgunakan kuasa sekiranya mereka mencampuri urusan dalam parti itu seperti dikemukakan oleh bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu, parti itu menubuhkan jawatankuasa sementara untuk menggantikan jawatankuasa sedia ada dan sah di sisi perlembagaan parti.

“Selepas pemilihan semula CEC baru-baru ini, kita sekali lagi mengesahkan pengambilalihan jawatankuasa DAP Kedah yang diketuai Zairil Khir Johari Abdullah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Interim.

“Tindakan ini sah kerana CEC mempunyai kuasa untuk menentukan jawatankuasa di peringkat negeri,” katanya ketika berucap sebelum mengadakan dialog tertutup antara ahli Dap Kedah, di sini.

Tony berkata, pihaknya belum menemui surat pengesahan ROS mengenai kesahihan jawatankuasa lama yang dipengerusikan oleh Guan Aik.

“Sekiranya benar, sekali lagi ROS menyalahgunakan kuasa mereka untuk 'menyeksa' DAP. Kita akan teliti dan menimbang perkara ini sebelum mengambil tindakan terhadap ROS.

"ROS atau mahkamah sekalipun tidak berkuasa untuk campur tangan hal ehwal dalam parti termasuk pemilihan jawatankuasa,” katanya.

Tony berkata, dalam perjumpaan itu, pihaknya mengundang semua ahli DAP di seluruh Kedah tetapi malangnya Guan Aik tidak hadir.

“Kita tidak tahu mengapa beliau tidak hadir untuk bersemuka dan berbincang. Saya sedikit menyesali ketidakhadiran beliau dan berharap beliau dapat hadir pada perjumpaan lain selepas ini.

“Apa yang lebih penting, persefahaman dan juga perpaduan antara ahli-ahli supaya DAP Kedah bersatu padu bagi meningkatkan prestasi parti dan tidak mencemarkan nama baik parti,” katanya.

Angkuh sunguh Dap ni............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan