Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

11.12.13 tarikh istimewa

Tanggal 11 Disember 2013 (11/12/13), semalam, adalah tarikh istimewa dan ramai pasangan memilih tarikh itu untuk mendirikan rumah tangga.


Paling mencuri tumpuan ialah pernikahan pasangan pelakon, Rozita Che Wan, 40, dan pasangannya Zain Saidin, 29, yang dinikahkan pada majlis penuh gemilang di Pusat Persidangan Setia City, Shah Alam.


Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Alwi Parman pada jam 9.04 malam dengan berwali adik aktres terbabit, Roshidi Che Wan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan