Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Diskriminasi: Kerajaan perlu pantau

Kerajaan perlu memandang serius berkenaan dakwaan wujudnya diskriminasi terhadap pekerja Bumiputera di syarikat bukan Melayu.

Naib Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), Mohd Ghazali Abu Bakar berkata, ia kerana melibatkan hak Melayu yang sengaja ditindas pihak tidak bertanggungjawab.

“Di sini pentingnya aduan yang diterima pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Kata beliau, perkara ini berlaku akibat rasa tidak puas hati kaum lain terhadap Melayu dan sengaja mahu merendah-rendahkan kaum Bumiputera.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, syarikat milik bukan Bumiputera ini memang melaksanakan dasar diskriminasi terhadap Melayu secara senyap.

“Bukan sahaja layanan, tapi melibatkan gaji dan pangkat juga berlaku diskriminasi terhadap Melayu,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, berlainan dengan syarikat milik Melayu yang sama sekali tidak menjalankan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.

“Sepanjang saya terlibat dalam syarikat-syarikat Melayu, ada juga mereka mengambil pekerja bukan Melayu, tapi tidak pula melakukan diskriminasi.

“Ini sepatutnya dilaksanakan semua pihak supaya dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian antara semua kaum di Malaysia,” kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan