Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Plaza tol dikendali secara elektronik

Semua transaksi tol di Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Perling di Lebuhraya Linkedua akan dikendalikan secara elektronik mulai 11 Januari depan.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata penggunaan sistem elektronik di kedua-dua plaza tol terbabit merupakan lanjutan daripada pelaksanaan sistem yang sama di lebuh raya Linkedua sebelum ini.
PLUS akan memberikan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTag di Plaza Tol Kempas dan Perling selama tiga bulan bermula 11 Jan hingga 10 April 2014, katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go (dengan nilai tambah RM5) dan harga promosi RM5 di pusat khidmat pelanggan di Plaza Tol Kempas dan Perling mulai 1 Jan hingga 31 Januari.

Selepas tarikh itu, kad PLUSMiles dan Touch 'n Go (dengan nilai tambah RM5) boleh diperolehi dengan harga RM10, kata Noorizah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan