Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Mat Sabu disaran sumpah di masjid

Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disarankan bersumpah di masjid untuk membuktikan beliau bukan berfahaman Syiah seperti didakwa sesetengah pihak.

Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ia lebih baik daripada tindakan undang-undang bagi mengelakkan perkara itu dipolitikkan.

Beliau berkata, sumpah yang dibuat boleh menangkis dakwaan beliau bukan penganut fahaman Syiah sebagaimana bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya cadangkan Mat Sabu membuat sumpah di masjid bahawa beliau tidak sesekali mengamalkan dan berpegang dengan ajaran Syiah. Ini adalah bagi menyelesaikan kemelut supaya ia tidak dipolitikkan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Mohamad berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwanya sebagai pengikut ajaran Syiah.

Mat Sabu berkata, beliau telah menyerahkan perkara itu kepada panel peguam Pas yang diketuai Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Fakhrul Azman turut mencadangkan supaya kedua-dua pemimpin daripada parti utama negara yang memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu iaitu Umno dan Pas duduk berbincang bagi menyelesaikan perkara itu demi perpaduan umat Melayu Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan