Halaman

Rabu, 20 November 2013

Azmin bantah Bajet 2014 Selangor

Pengerusi PKR Selangor yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali tidak setuju tindakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat telah mengurangkan peruntukan jabatan dan agensi bagi tujuan pembangunan dalam pembentangan Belanjawan 2014 hari ini.
Menurut Azmin kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum agensi terbabit dengan mengurangkan peruntukan sekiranya jabatan tersebut gagal mencapai jumlah bajet yang telah ditetapkan pada penggal lepas.
"Ini persoalannya apakah BBC (Kelab Penyokong Kerajaan Selangor) akan menerima atau tidak memang menjadi perkara pokok yang dibangkitkan dalam memorandum pertemuan dengan menteri besar sebelum ini.
"Biarpun kita memahami gesaan kerajaan negeri mewajibkan setiap agensi perlu menggunakan sepenuhnya jumlah peruntukan bagi mencapai matlamat tersebut namun adalah perbuatan tidak adil memotong perbelanjaan agensi pada penggal ini berdasarkan penggunaan sebelum ini," katanya kepada media di Bangunan SUK, Shah Alam.
Beliau pada masa sama turut mengakui ini merupakan kali pertama kerajaan negeri menggunakan rizab negeri dengan pengagihan yang adil dan saksama.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2014 oleh Abdul Khalid.
Sebelum ini, BBC menghantar memorandum kepada Abdul Khalid bertarikh 7 Oktober lalu meminta Menteri Besar itu memperbaiki kelemahan urus tadbir memberi lebihan hasil rizab.
"Kerajaan negeri kena pantau secara dekat supaya penggunaan itu berhemah dan capai budget performance tapi jangan hukum rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan," katanya.
Khalid dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 itu turut mengusulkan rancangan penggunaan rizab negeri berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan jambatan ketiga Klang, rumah mampu milik, bangunan sekolah, pembangunan desa, usahawan dan belia serta pemberdayaan wanita dan desa.
Walaupun perbelanjaan pembangunan kurang dari apa yang dituntut, Azmin menyifatkan belanjawan negeri itu menyeluruh.
Kerana itu beliau berkata akan membangkitkan semula isu itu dalam sesi perbahasan seterusnya demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Kita ambil contoh Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, penggal lepas agensi itu telah menggunakan RM6.1 juta dari RM6.7 juta yang diperuntukkan kerana mereka tidak menghabiskan bajet tersebut menyaksikan belanjawan mereka berkurangan kali ini.
"Jadi sekarang ini kami perlu ambil peluang semasa perbahasan untuk membangkitkan isu ini bagi pihak rakyat. Semoga kerajaan negeri akan pertimbangkan,"katanya
Dalam pembentangan belanjawan negeri 2014, Abdul Khalid telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.85 billion melibatkan belanja mengurus sebanyak RM1.225 billion dan RM625 juta bagi perbelanjaan pembangunan. - 19 November, 2013.


Macam mana ni, sesama mereka pun tak sekepala..Apa dah jadi Azmin??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan