Halaman

Rabu, 20 November 2013

Isu Cuti Johor Bocor

Polis yakin dapat menyelesaikan isu kebocoran kandungan dan penyebaran Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri.    

Ini berikutan rampasan 11 telefon bimbit baru-baru ini, dan penerimaan tiga laporan dari pelbagai pihak berhubung kebocoran dan penyebaran berkenaan, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.
   
Beliau berkata polis sudah merakamkan dua percakapan sehingga ini.
   
"Belum ada tangkapan dibuat setakat ini dan saya sudah arahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan untuk menyegerakan siasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.  
   
Mohd Mokhtar sehubungan itu menggesa mana-mana pihak terutama penjawat awam supaya tidak sewenang-wenang memuat naik dokumen rahsia kerajaan ke laman-laman sosial dan mematuhi peraturan seperti yang ditandatangani menerusi ikrar perkhidmatan awam.
   
Sejak awal minggu lepas, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor dari hari Ahad ke Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.  

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.
   
Cari samapi dapat ,jangan lepas mereka yang bersalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan