Halaman

Rabu, 20 November 2013

Selangor Bakal Bankrap

Rizab negeri Selangor dalam bentuk wang tunai mencecah RM2.7 bilion, nilai tertinggi pernah dicapai dalam sejarah negeri sejak tahun 1998, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid dalam pembentangan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, jumlah itu dicatatkan setakat 31 Oktober 2013 selepas mengamalkan perbelanjaan berhemah.
Daripada jumlah itu, RM430 juta akan digunakan bagi membiayai pembangunan enam inisiatif; RM150 juta daripadanya bagi pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang sepanjang  dua kilometer termasuk jalan penghubung dan enam lorong bagi mengatasi kesesakan lalu linyas dijambatan sedia ada yang digunakan 200,000 kenderaan sehari.
Manakala RM100 juta digunakan untuk pembinaan rumah mampu milik, pembinaan sekolah (RM50 juta), pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia (RM50 juta), pembangunan desa (RM50 juta) dan pemberdayaan wanita (RM30 juta).
“Sepanjang lebih lima tahun kita mentadbir, banyak yang kita pelajari, antaranya adalah kelebihan amalan berbelanja dengan penuh disiplin dan berhemah yang membolehkan kita menabung untuk perbelanjaan masa hadapan.
“Budaya menabung ini sangat penting lebih-lebih lagi apabila kerajaan negeri tiada sebarang justifikasi membentangangkan belanjawan defisit tanpa kapasiti untuk meminjam mana-mana institusi kewangan jauh sekali untuk mengemis dan meminta sedekah daripada kerajaan Pusat untuk menampung perbelanjaan mentadbir negeri sendiri.
“Inilah antara sebab mengapa saya amat tekankan betapa perlunya kita menyimpan rizab pada paras yang selesa,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu,ketika membentangkan Bajet 2014, Khalid berkata Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion bagi Belanjawan 2014, satu jumlah perbelanjaan terbesar dalam sejarah negeri.
Melalui tema “Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat”, RM1.225 bilion (66.2%) daripadanya diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala baki RM624 juta (33.78%) digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.
Daripada RM62.4juta perbelanjaan pembangunan, 62.2%digunakan untuk infrastruktur, sosial (22.9%), dan ekonomi (14.47%).
Bagi sektor infrastruktur, RM357 juta (91%) digunakan untuk kemudahan awam, sains, teknologi dan inovasi RM22juta (5.91%), dan perumahan RM8 juta (2.19%).
Bagi sektor sosial, program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diperuntukkan RM77.9 juta(54.37%), pendidikan RM26 juta (18.37%), modal insan RM8.6 juta (6.06%), sukan RM8 juta(5.59%), Kampung Baru RM5 juta (3.49%), Belia RM3.5 juta (2.44%) dan lain-lain RM13juta (9.67%).
Manakala bagi sektor ekonomi, kewangan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51 juta (57.1%) diikuti pertanian sebanyak RM17 juta (19.34%), pembangunan usahawan RM7.85 juta (8.68%), pelancongan RM5.4 juta (5.97%), sumber alam RM3.65 juta (3.65%), kajian dan penyelidikan RM2.8 juta (3.1%), serta pelaburan RM1.6 juta (1.77%).
Khalid turut mengumumkan sejumlah RM2.2 juta (84.36%) daripada peruntukan sektor perbandaran akan dinikmati oleh Kerajan Tempatan manakala lebihan RM408,000 akan dibelanjakan untuk Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Ketam.
“Pendapatan kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mencecah RM1.72 bilion pada tahun 2012, lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM1.53 bilion iaitu bersamaan dengan lebihan operasi sebanyak RM183.2 juta,” katanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan