Halaman

Rabu, 20 November 2013

Mat Sabu VS Nik Amar

Perwakilan lebih yakin pada siapa untuk membela PAS, Mat Sabu ataupun Mohd Amar?

Perwakilan PAS harus ingat PAS hanya tinggal Kelantan sekarang. PAS akan menggunakan Kelantan untuk melaksanakan model pemerintahan Islamnya untuk menjadi daya tarikan kepada pengundi Melayu yang lain untuk bersama PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Ada perkara yang PAS Kelantan ingin laksanakan seperti hudud, banteras judi sepenuhnya yang bakal mendapat bantahan DAP. Jika isu sekecil salon yang mengasingkan lelaki perempuan pun menjadi isu nasional bagi DAP dan MCA, model pemerintahan Islam di Kelantan mungkin susah dilaksanakan.
Jika berlaku pertengkaran dalam isu-isu prinsip, apakah Mat Sabu ataupun Nik Amar yang perwakilan rasa boleh diharapkan untuk mempertahankan PAS?
Isu hudud kembali hangat sekarang. Karpal belum membuka mulutnya. Jika Karpal membuka mulutnya, siapa yang perwakilan rasa akan lebih ke depan untuk mempertahankan PAS – Mat Sabu ataupun Nik Amar?
Ada yang berhujah Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan perlu menjaga negeri dan tidak sesuai diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Mereka yang berhujah ini sudah tentu tidak akan mempertikaikan kemampunan Lim Guan Eng menjawat tiga jawatan penting – Setiausaha Agong DAP, Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mereka merasakan Nik Amar tak mampu meskipun beliau belum diberi peluang mencuba. Apakah bukan tindakan ini merendah-rendahkan kemampuan pemimpin sendiri berbanding pemimpin DAP?

Mat Sabu pula sedar bukan sahaja untuk menjadi Timbalan yang baik bukan sahaja menghentam UMNO semata-mata tetapi perlu juga menghentam rakan sekutu mereka yang lantang mengkritik Pas secara terang-terangan tanpa menjaga hati dan perasaan Pas yang dah lama tercalar dan makan hati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan