Halaman

Rabu, 20 November 2013

Bajet Selangor 2014 Dihentam hebat

Bajet Selangor 2014 disimpulkan sebagai bajet ‘terdesak’ lantaran terdapat desakan kepada Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggunakan rizab negeri dalam belanjawannya.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata demikian berikutan berlakunya perjumpaan antara Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dengan Khalid sebelum bajet 2014 dibentangkan.
“Sebab ada memorandum yang dihantar kepada MB mendesak beberapa perkara minta ditambah kepada beberapa perkara. Apabila saya lihat, itu yang ada tambahan.
“Terdapat pertambahan sebanyak RM430 juta yang menggunakan wang rizab RM2.6 bilion untuk kegunaan pembangunan. Pada keseluruhan ada anjakan paradigma setelah barangkali MB ditegur bahawa tumpuan selama ini pada pendekatan populis.
“Saya melihat dengan populis ini tidak bertahan lama. Melihat kepada negara-negara barat pun yang menumpukan kebajikan, akhirnya akan menjadi tanggungan liabiliti yang besar kepada negara-negara berkenaan,” katanya lagi.
Beliau turut melahirkan kembimbangan Selangor akan tercicir dari segi kemajuan menjelang tahun 2020 jika kerajaan negeri berterusan memberikan penumpuan kepada program kebajikan tanpa memastikan ada peluang pendapatan tambahan.
Mohd Shamsuddin turut menambah bahawa kerajaan negeri Selangor seharusnya mencontohi kerajaan negeri Sarawak, Pahang dan Johor yang menghasilkan lebihan bajet dalam bajet 2014 negeri masing-masing.
“Itu kebimbangan saya. Apabila kita cakap tentang bajet, sebenarnya tiada apa sangat kita nak cakap tentang kehebatannya.
“Saya ada beri contoh di Sarawak, bajet lebihan sehingga RM200 juta lebih, Johor pun sama, dan Pahang yang kita nampak ekonominya masih rendah di Selangor pun ada lebihan bajet. Saya mengharapkan Selangor ada lebihan bajet, tapi MB kata bajet berimbang.
“Kita perhatikan dalam tahun-tahun yang lepas. Jika dia kata bajet berimbang, pada awal tahun, tengah dan akhir tahun ada pula bajet tambahan. Dengan alasan pendapatan yang akan kutip esok akan dapat menyamai perbelanjaan kita minta,” katanya lagi.

Selangor oh Selangor...Mengapa jadi sampai begitu sekali hah??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan