Halaman

Rabu, 20 November 2013

Dap Johorpun Sokong Karpal


Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempertahankan tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh (gambar) untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PAS.
Katanya kenyataan pemimpin tersebut mengenai parti politik tidak harus berasaskan kaum dan agama sebenarnya tidak ditujukan kepada PAS.
Bagaimanapun, beliau berkata semua rakyat di negara ini termasuk ahli PAS sepatutnya menghormati Karpal yang memperjuangkan kesamaan hak tanpa membezakan agama dan kaum.

"Saya percaya dia (Karpal) meluahkan kebimbangan beliau memandangkan situasi parti poltik dibezakan mengikut perkauman dan agama. Sekiranya ia berterusan maka terdapat jurang besar yang berlaku kepada rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai pegangan agama dan etnik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dewan Pemuda PAS menuntut Karpal memohon maaf kepada parti Islam itu dengan memberi tempoh lima hari kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.
Pemuda PAS juga turut mengedarkan transkrip penuh kenyataan media yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November 2013.
Karpal dalam kenyataannya pula menafikan ucapan beliau berniat supaya PAS membatalkan pendaftaran parti itu sambil berkata ia ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, Herald. – 20 November, 2013.

Karpal pun dah cakap pusing-pusing macam Kawan dia si Anwar tu..Hahaha..lawak-lawak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan