Halaman

Isnin, 25 November 2013

Perlu Ke SPR Rujuk PR??

Pas mendakwa persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merujuk kepada PR.

Pengerusi Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli mendakwa, perkara itu dilihat tidak adil bagi sebuah negara demokrasi.

Dakwanya lagi, perkara itu sudah dijangka namun menasihatkan semua ahli Pas mencari maklumat mengenai perkara tersebut.
"Saya menyeru kepada semua supaya lebih berhati-hati.

"Dalam laporan akhbar pun kita sudah kalah, inikan pula yang dilakukan secara senyap-senyap," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, di sini, hari ini.

Terdahulu, SPR akan memulakan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.

Perlu ke nak rujuk PR ni?? confuse jap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan