Halaman

Isnin, 25 November 2013

Pas Sume Benda Nak Di Desaknya..tak Faham Aku!!

Pas mendesak kerajaan menggubal dan meminda Perlembagaan bagi membolehkan Undang-Undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada sistem perundangan negara.

Perwakilan Pas Kuala Krau, Shahril Azman mengusulkan perkara itu pada sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan Pas ke-59, di sini, hari ini.

"...kadar jenayah dalam negara semakin hari semakin meruncing dengan kadar jenayah melibatkan senjata api dan pembunuhan sentiasa meningkat. Penjenayah seolah-olah tak takut kepada undang-undang penguatkuasaan dalam negara.

"Bukan samseng saja yang dibunuh sekarang ini. Petani, peniaga, cikgu malah penguatkuasa agama juga dibunuh," katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha kerajaan bagi membendung jenayah dilihat semakin gagal.

"Pelbagai cara dibuat kerajaan dalam membendung jenayah berat ini semakin gagal sekalipun penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial.

"Melalui Islam dengan pelaksanaan syariatnya secara menyeluruh sahaja yang mampu membendung gejala ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, Pas Kuala Kerau bersama Dewan Muslimat Pas mendesak kerajaan menggubal serta meminda Perlembagaan semasa.

"...bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam menjadi sebahagian daripada undang-undang negara serta tidak menyekat pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di negeri-negeri yang ingin melaksanakannya," katanya.

Pas ni ingat senang ke nak tukar Perlembagaan,ingat macam tukar baju ka!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan