Halaman

Isnin, 25 November 2013

Jeff Ooi biadap!!

Jeff Ooi didesak mohon maaf
Si kurang ajar dan biadap

Lawatan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ke Pasar Jelutong semalam, kecoh apabila didesak memohon maaf secara terbuka, berhubung kenyataannya melabelkan kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap. 

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi, apabila Pegawai Bahagian Kesihatan Vektor MPPP, Mohd Rofi Osman, mendekati Chuan Aun sebelum dengan suara lantang memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP. 


“Baru menjadi Ahli Parlimen sudah berani menghina penjawat awam dengan ungkapan kurang ajar, cuba bayangkan apabila pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Pusat dan menawan Putrajaya?... sudah pasti ramai lagi akan dihina,” kata Mohd Rofi yang juga bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan