Halaman

Rabu, 13 November 2013

Peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia

Peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia. Berikutan itu, kerajaan
Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kaum Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan tarafhidup mereka. Sehingga kini dorongan dan galakan kerajaan kepada kaum Bumiputera supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, terutamanya industri kecil dan sederhana, mewujudkan tindak balas yang positif. Pelbagai perubahan dijangka akan berlaku dalam arena perniagaan di Malaysia. perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Di sini jelas bahawa perniagaan bersaiz kecil dan sederhana amat penting dalam menyumbang terhadapn pembangunan negara. Aliran pertumbuhan ekonomi di Malaysia telah menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS), walau bagaimanapun wujud ketidakseimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Didapati penduduk bukan Bumiputera telah menguasai sektor
ekonomi, dan matlamat Dasar Ekonomi Bam gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia 2001). Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan
bersama dengan agensi sokongan kerajaan, pengagihan pendapatan keseluruhan di kalangan isi rumah di Malaysia telah bertambah baik dalam
tempoh Rancangan Malaysia ke-7. 
 
Pihak kerajaan telah melakukan berbagai usaha ke arah memupuk dan mengembangkanasas keusahawanan di kalangan bumiputera bagi
melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya tahan. Antaranya melalui penglibatan mereka secara langsung dan aktif dalam dunia
perniagaan. Pelbagai agensi telah disediakan untukmembantu usahawan Bumiputera. Banyak tabung yang bertujuan khusus untuk membangunkan usahawan bumiputera telah ditubuhkan. Antaranya ialah Tabung Usahawan Bam, Tabung Industri Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan
membantu usahawan kecil dan sederhana. 
 
Terdapat beberapa kelemahan usahawan seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran, kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan. pengurusan dan ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai. faktor yang sarna juga telah menyebabkan kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan kewangan, faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan keusahawanan. Walaupun sistern pendidikan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap Bumiputera ke arah perubahan positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi daya cipta, amalan perniagaan yang baik dan semangat bekerja yang gigih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera telah banyak dilaksanakan, dan pendidikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud di Malaysia. 
 
Sejauh manakah usahawan bumiputera mempunyai keupayaan melaksanakan kemahiran keusahawanan dari aspek pemasaran,
pengurusan dan kewangan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan