Halaman

Rabu, 13 November 2013

Produk Halal digalakkan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setakat Jun tahun ini, Malaysia mengeksport produk Halal bernilai RM15.7 bilion.

"Daripada jumlah ini, 14.4 peratus atau RM1.6 bilion disumbangkan oleh syarikat-syarikat Bumiputera yang memperoleh persijilan Halal," katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan Kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal, SME Bank dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera, di sini, hari ini.

Daripada penyataan di atas maka jelas usaha yang berterusan telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan hasrat untuk menjadikan Malaysia ini sebagi sebuah negara pengeksport produk halal terbesar di dunia terlaksana. Dalam merealisasikan hasrat ini sudah tentu kaum bumiputra mendapat faedah yang besar dimana syarikat Bumiputra telah diberi keistimewaan dalam menyediakan/membekalkan prodok halal yang akan diekspot ke luar negara sekaligus menyaksikan peluang yang besar bagi kaum bumiputra untuk hidup dalam pasaran global.  Justeru, untuk terpilih salah satu syarikat yang dapat membekal produk halal ke pasaran global, maka syarikat Bumiputra ini dikehendaki memastikan produk keluaran syarikat mereka sentiasa mematuhi status halal seperti yang ditetapkan.
 Secara tidak langsung syarikat-syarikat ini akan mementingkan aspek halal sepanjang waktu bagi menjamin produk keluaran mereka ini terpilih dan  demi menjaga persijilan yang telah dianugerahan kepada mereka. Dari sini jelas akan memotivasikan syarikat-syarikat lain yang belum mendapat persijilan halal untuk turut berusaha lebih gigih seperti syarikat yang telah berjaya dan sterusnya manambahkan lagi syarikat yang mendapat persijilan halal tersebut. Jika ini terlaksana maka sudah pasti lambat- laun halal haram ini akan menjadi perkara pokok di dalam perniagaan dan dimasa itu wajar kita gelarkan usahawan Malaysia kususnya kaum Bumiputra adalah Usahawan Halal tanpa was-was.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan