Halaman

Rabu, 13 November 2013

PUNB SALUR RM163J BANTU BUMIPUTERA

PUNB salur RM163j bantu Bumiputera


Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyalurkan pembiayaan kewangan berjumlah RM163 juta kepada 416 syarikat dan agensi perniagaan Bumiputera di seluruh negara tahun ini dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan kaum itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pembiayaan itu juga bertujuan meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera supaya mereka dapat bersaing dengan kaum lain dalam pelbagai bidang perniagaan. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM22.45 juta diluluskan kepada 56 syarikat dan perniagaan Bumiputera pada bulan ini bagi memperkasakan ekonomi mereka, sejajar dengan agenda nasional seperti diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya. (Berita selanjutnya...BH Nasional Online 30 Sept. 2013)

Cuma apa yang diharapkan penyaluran pembiayaan kewangan tersebut dapat mencapai hasrat sepertimana yang diinginkan oleh YB Perdana Menteri kita.
Usahawan bumiputera seharusnya memanafaatkan peluang yang tersedia dengan sebaik-baiknya dan jangan lupa membayar semula pinjaman perniagaan tersebut agar peluang tersebut dapat di panjangkan untuk usahawan-usahawan lain pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan