Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

PETRONAS rancang teroka 3 lagi pasaran eksport LNG

PETRONAS rancang teroka  3 lagi pasaran eksport LNG



PETRONAS merancang meneroka tiga lagi pasaran eksport baru untuk gas asli cecair (LNG), iaitu India, Amerika Selatan dan Eropah dalam usahanya mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kalangan tiga pengeksport terbesar bahan api itu menjelang 2020.

Ketika ini, PETRONAS memiliki kontrak eksport LNG jangka panjang di beberapa negara di Asia termasuk ke pasaran gas terbesar dunia iaitu Jepun, Korea Selatan, China dan Taiwan.

Pengurus Besar Pengurusan Gas Malaysia, Perniagaan Tenaga dan Gas PETRONAS, Ezhar Yazid Jaafar, berkata bagi tujuan itu, PETRONAS sedang membina kapasiti eksport menerusi beberapa projek LNG miliknya di dalam dan luar negara. 



Beliau berkata, antara projek penyumbang peningkatan kapasiti LNG untuk eksport adalah projek Train 9, loji Gas Asli Cecair Terapung (FLNG), Bintulu, Projek Gladstone LNG (GLNG) di Queensland, Loji Egyptian LNG (ELNG) di Mesir dan yang terbaru di Kanada.

“Seperti pengeluar LNG di Asia lain, kami juga sedang meninjau untuk mempelbagaikan pasaran eksport supaya negara kekal antara tiga pengeksport LNG terbesar dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan