Halaman

Khamis, 21 November 2013

Dun Sabah tolak usul bincang kes Semporna

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah di sini hari ini menolak usul untuk membincangkan kes pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 November lepas.

Speaker Dun Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said semasa menolak usul dikemukakan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) itu berkata usul itu tidak perlu dibincangkan memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
"Ia (usul) tidak perlu disegerakan sehingga kita terpaksa menangguhkan persidangan Dun. Lagipun, saya difahamkan keselamatan di sana (Pulau Pom-Pom) adalah terkawal dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) serta pihak berkuasa lain," katanya.
Pada 15 November lepas, pelancong Taiwan Hsu Li Min, 57, ditemui mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan itu dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan