Halaman

Khamis, 21 November 2013

Dilantik KJ, Annuar risau status gantung

Annuar Musa

PRESIDEN Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Beliau hari ini mengesahkan menerima surat lantikan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Namun, dengan statusnya yang masih dalam tempoh penggantungan, Annuar akui perkara itu masih jadi tanda tanya.

"Pagi ini saya dihujani pertanyaan benarkah saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara?

"Jawapannya, benar. Saya ada menerima surat perlantikan semalam dan jemputan menghadiri mesyuaratnya pada 25 November ini," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook beliau pagi tadi.

Beliau sempat merakamkan penghargaan atas pelantikan itu.

Namun gusar tentang statusnya yang masih digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya belum sempat menjawab surat yang dikirim oleh YB menteri. Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan YB menteri dan akan berusaha membantu beliau demi bola sepak negara.

"Cuma sedikit persoalan kecil. Apakah saya yang masih dalam penggantungan ini boleh dilantik ke jawatankuasa ini? Apa pun, saya akan tetap berkhidmat Insya-ALLAH," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan