Halaman

Khamis, 21 November 2013

IMB pun kena "balon" dengan Laporan Audit Negara

18 daripada 27 program lawatan ke luar negara syarikat milik Tabung Amanah Melaka, Invest Melaka Berhad (IMB) melibatkan kos sejumlah RM0.28 juta tidak dibajetkan, lapor Ketua Audit Negara 2012.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang objektif kualiti IMB menetapkan untuk melaksanakan empat lawatan kerja ke luar negara dan mengadakan pameran bertaraf antarabangsa sebanyak dua kali setahun.

Namun, lawatan kerja ke luar negara itu dilaporkan melebihi objektif kualiti.

“Analisis Audit mendapati 18 daripada 27 program lawatan melibatkan kos sejumlah RM0.28 juta tidak dibajetkan,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang .

Ketua Audit Negara berpendapat keseluruhan pengurusan aktiviti IMB kurang memuaskan.

Misi pelaburan IMB ke negara-negara tertentu dilaporkan kurang menarik pelabur dan pengurusan bahan promosi kurang teratur serta laman sesawang kurang informatif.

Malah, perjanjian sewa beli komputer One Number Call Centre (ONCC) juga tidak disediakan dan bayaran sewa beli masih tertunggak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan