Halaman

Khamis, 21 November 2013

Pas hati-hati diajak perintah bersama

Pas terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negara, namun, jika diajak memerintah bersama, parti itu memilih untuk berhati-hati.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Umno mengintai Pas apabila parti itu hilang 2/3 majoriti undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Kita sekali-kali tidak menolak untuk berbincang atau bertemu dengan sesiapa bagi kepentingan rakyat dan negara.

"Apabila kita menang besar pada tahun 2008, mereka hilang 2/3 majoriti, mereka cuba mengenyit mata pada kita... melambai-lambai tangan," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Beliau juga menyentuh soal penyertaan Pas dengan BN serta menasihatkan penyokong Pas agar tidak menyalahkan pemimpin sebelum ini yang disifatkan terpaksa bergabung dengan BN.

"Pemimpin Pas waktu itu berfikir dan mengambil keputusan melalui muktamar menyertai kerajaan campuran dan kemudian, BN.

"Kita jangan mengutuk pemimpin yang terdahulu," katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menegaskan Pas akan lebih berhati-hati jika diajak memerintah bersama.

"Bagi kita, bertemu untuk berbincang dalam pelbagai persoalan dengan sesiapapun, Pas tidak pernah menutup pintu.

"Tetapi ajak memerintah bersama, kami amat berhati-hati," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan